Bergedil ayam Untuk si Kecilku
Bahan-Bahan
2 Biji Kentang
Segegam Daging Ayam Dicincang
Daun Sup Dicincang Halus
5 Sudu Besar Bawang Goreng
1 Sudu Kecil Garam
Sedikit Serbuk Perasa
1 Biji Telor ( DI PUKUL )
 |
Inilah Bahan ~bahannya mana yg tak da tu terlupa nk snap....
first sekali Kentang dipotong dan digoreng hingga garing.....2 biji kentang je cukup sebab nanti bila di bentuk dia akan jadi banyak....
setelah garing.....tumbuk atau lenyek kentang sampai " Penyet "
Kemudian gaulkan daging ayam cincang bersama kentang lenyek tadi dan masukan bersama daun sup,bawang goreng,garam dan serbuk perasa tadi
selepas dah gaul semua bahan-bahan tadi tu jadi sebati,bolehlah ambil sedikit dan bentukan bulat bulat secomel macam dalam gambar tu saiz tu biarlah kecil sederhana
last sekali celupkan dalam telur sebelum di goreng "ha yg itu cara kita" hi hi hi....
Da siap! boleh cicah ngan SOS
"Menu si KECILku"
|
Tiada ulasan :
Catat Ulasan